Apr 26, 2011

:: ukhuwah fillah ::

Pertama Kali Kita Berjumpa
Tidak Kepastiannya Ternyata
Diriku Dipenuhi Soalan
Ku Tiada Teman

Aku Terlihat Insan Yang Keliru
Air Yang Deras Mencermin Wajahku
Engkau Menjelma Memberi Harapan
Menghulur Tangan

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Detik Masa Kini Kedengaran
Aku Mengucap Selamat Jalan
Kepada Teman Yang Sering Menghibur Dengan Gurauan

Bagaikan Anak Yang Baru Dilahir
Titisan Mata Pun Mula Mengalir
Di Simpang Jalan Kita Menyebut Kata Terakhir
Whoaaa.....Hoaaaa...

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu

(Music Bridge)

Sempena Hari Mulia Ini
Aku Tersenyum Lalu Mengimbasi Kembali
Semua Yang Kerap Kita Mengadukan
Kini Jadi Bahan Rindu Yang Ku Simpan

Ku Hargai Semua Yang Terjadi
Memang Nyata Dirimu Takkan Ada Pengganti
Semoga Kita Dapat Bertemu Semula
Kerana Aku Yakin Engkau Akan Sentiasa
Di Hatikuuuu

Apr 25, 2011

:: ceritera 250411 ::

fuh..
memang dugaan + cobaan menimpa diri ku hari ini...

seawal pagi mata dibuka, otak mula memutar rumus2..
tepat jam 9 aku menjadi vip kt exam hall..hahaha
exam terakhir, boleh plak lambat... memang aku sengaja buat kerja gila ni...
3 jam pulun kepala, gerak2 tangan untuk menulis...
akhirnya...
"okey, time's up...stop writing."
aku berjaya tamatkan paper terakhir degree ku...(yehaa!!!)

on the same day,
aku plan balik hometown...
fuh.. 3 bulan x balik.. memang terbaik la...
ni mgkin trip penang-selangor yang terakhir...
tiada lagi perkhidmatan cab di tengah malam..
tiada lagi keraguan untuk tidur dalam bas di tengah malam...
tiada lagi perasaan takut x sempat nak jumpa keluarga...
segalanya, tiada lagi...

namun, segala yang terakhir itu memulakan satu episod baru...
tabiat keluar tanpa dokumen diri disisi mula kembali...
cesss..
dengan selamber rock je aku balik selangor tanpa sebarang dokumen diri..
I/c & kad matrik elok je terkepil ng slip exam kt atas meja di bilik...
hahaha...
4 tahun yang lepas, aku pernah ditahan pihak berkuasa atas sebab terlupa bawa I/C.. hahaha
keluar x kena masa, kebetulan plak masa tu diorang buat pembasmian PATI...
dgn aku2 jd PATI...nasib baik la ada sorg brader ni prcaya aku malaysian..
terlepas dari di tahan reman... thanx la bro...

detik2 perpisahan mula terasa...
sedey plak nak berpisah ng member2..
walaupun x sekepala, tapi korang pernah menjadi sebahagian dari kenangan2 di U...
tgh salam2.. tiba2...ada yg "cry"... uwaa...
dengan cepat aku terus masuk cab.. (sebenarnya, aku pn sebak dah)...
gelak tawa + gosip2 yg trjadi mlm tu hnya sekadar menutup kesedihan ku, ku tenung wajah kwn ku yg sorang ni dengan hati yg sebak...lepas ni x tau la bila boleh jumpa lagi kan...

di saat suka kita bersama, moga di saat duka menimpa kita tetap bersama mengharuginya kawan2 ku...

wallahua'lam~~

Apr 20, 2011

:: L.O.V.E ::

Salam 'alaik..

Salah seorang teman saya, pernah bertanya kenapa org2 alim kata couple tu haram..?? dgn sengaja saya memberi ruang padanya untuk menjelaskan pendapat nya dahulu..
Dia tegas mengatakan couple itu tak haram, yg haram adalah apabila kita berdua-duaan lelaki & perempuan di tempat yg sunyi..

saya mengiakan sahaja...

Kemudian , dia tanya kenapa ust, ustazah selalu kata
"couple itu haram"..
"no couple before married"...
"couple adalah permulaan zina"...
pertanyaan dia knapa guna perkataan couple.? kenapa tak khusus kan je kata berdua-duaan di tempat sunyi...??

emm..

jawapan saya...
apa maksud couple..??...
tu je yg mmpu sya butirkan memandangkan teman saya ni bukan calang2 ilmu agamanya...*boleh jd ust@ustzh kot*

pendapat saya, couple before married is false but love before married is legal...
Allah telah ciptakan makhluknya dengan pelbagai perasaan.. memang x salah kalau seseorang itu jatuh cinta.. itu memang fitrah kejadian manusia.. jadi buat rakan2 yang selalu menghalang couple ni... saya tak kata hentikan kerja2 dakwah anda tetapi tegurlah dengan cara berhemah... tunjukkan jalan yang terbaik & mengikut syariah demi salurkan love before married.. ramai kawan2 di luar sana tidak mengetahuinya...

buat kawan2 yg sedang , bakal & telah couple...
bersyukur lah pada yang Maha Pencipta kerana anda sungguh istimewa di beri perasaan kasih mengasihi, sayang menyayangi, rindu merindui..
tapi tolong lah salurkan kerinduan tu pada jalan yang di redhai... *rintihan seorang sahabat buat teman2 dan kenalan yang disayangi*

saya x benci kawan2 saya yg couple,
saya x benci kwn2 saya yg prnah terlanjur,
saya x benci kwn2 saya yg ada prasaan pada kaum sejenis,
saya selalu sedia kan telinga mendengar luahan hati kegembiraan@kesedihan kwn2..
saya relakan telinga mendengar, namun saya x merelakan mulut untuk membuat amal makruf nahi munkar..
Ya Allah, kuatkan hambamu ini dalam memerangi perkara2 mungkar...

ada juga mulut2 yang mula berbicara, "macam lah dia tu baik sangat. selalu je nampak dia lepak2 dgn mmbe2 laki. jumpa kawan lelaki.. kononya nak hantar assignmnt, stdy sama2 lah.. boleh blah la nisah.."
fuh.. jujur nya kawan2 saya...

Di sini, saya coretkan sedikit beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu

1)
Niat
Mestilah diniatkan kerana Allah.

2)
Matlamat
Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

3)
Cara / Method
Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:
i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

sumber: http://90born.forumotion.com/t678-ikhtilatpergaulan-bebas-menurut-hukum-islam

wallahua'alam...~~


Apr 15, 2011

:: nYawa & CiNTa ::

Nyawa dan cinta menjelma,
Yakni kedua-duanya,
Di zaman dulu bersama,
Diciptakan oleh Allah.

Reff:
Dengan cara sangat khusus,
Roh dan cinta dicampurkan,
Dan cinta yang memang halus,
Menghilang dalam campuran.

Kekuatan campurannya,
Menyatukan roh dan cinta,
Entah cinta atau nyawa,
Jadi zat atau sifatnya.

Mungkin cinta jadi zatnya,
Iaitu zat campurannya,
Mungkin roh jadi sifatnya,
Atau mungkin sebaliknya.

Back to Reff:

Natijah campuran itu,
Cinta dan roh berbicara,
Dan saling dengar begitu,
Bersama dipelihara.

Asal cinta api tapi,
Angin itu asal nyawa,
Angin menyalakan api,
Maka membakar anginnya

Back to Reff:

Entah ini, entah itu,
Saya tidak tahu, kawan,
Memang tidak tahu jitu,
Adalah keajaiban.

lagu berunsur ketuhanan...
di nyanyikan oleh sekumpulan penyanyi dari tanah sumatera [DEBU]
saya tak nak ulas lebih lanjut...anda pikir2 kan setiap bait2 lagu ni..
wallahua'alam~~


Apr 6, 2011

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apr 4, 2011

:: Cogito Allah Sum ::

Salam 'alaik..

Derived from quotation of Rene Descartes - "Cogito Ergo Sum" merupakan frasa filosofi latin terkenal yang bermaksud "I think, therefore I am" ataupun dalam olahan lainnya "I think, therefore I exist".
"Cogito, Allah Sum" - latin
''I think, therefore Allah exists" - english
"Semakin aku berfikir, maka dengan itu aku tahu bahawa Allah itu wujud". - melayu

novel yang penuh mesej keimanan bagi sebuah kehidupan bertuhan kepada kehidupan tanpa tuhan dan akhirnya kembali menerima hakikat bahawa kehidupan bertuhan adalah suatu kehidupan yang paling manis..

dicoretkan sinopsis novel 'cogito Allah sum' di sini:
Semakin aku cuba mendalami wacana2 falsafah, semakin aku meragukan hakikat keberadaan Allah. Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin beribadah, kini enggan solat, puasa ataupun mengaji. Malah aku lebih suka melakukan maksiat.

"Gott ist tot..." ala Nietzsche yang menfatwakan bahawa tuhan telah mati sebagai jalan terakhir menuju kedudukan "Manusia Super" hingga "Cogito ergo sum" ala Rene Descartes yang menegaskan bahawa tuhan di bawah kuasa logika manusia merupakan wacana2 ilmiah dan falsafah yang sentiasa ku puja. ke mana2 pun aku berkata bahawa Allah sama sekali tiada..

Tetapi, apa sebenarnya yang sedang melanda hatiku ini. Mengapa dalam masa yang sama, jauh dilubuk hatiku ini selalu sahaja menjerit kegelisahan dan ragu atas jati diriku sendiri ?

Pada hakikatnya, semakin aku memikirkan hakikat Allah, Allah semakin dekat dalam hatiku. Allah tak akan dapat dinafikan oleh falsafah dan logik apa pun yang selama ini aku agungkan. Sesungguhnya Allah telah sematkan dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening.

"Ya Allah,sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup & matiku hanya untuk mu"

ulasan saya, novel ini menyampaikan bahawa kita mesti yakin akan kewujudan Allah tuhan semesta alam yang tidak terhingga @ infiniti.. jika kita paksa diri untuk mengganggap akan kewujudan tuhan, ini bermakna kita tidak yakin dengan iman.. kita mesti yakin bukan anggap bahawa Allah itu wujud dan tidak terhingga..
Yakinlah akan kewujudanNYA dengan melihat alam semesta yang di kurniakan pada kita..

Wallahua'alam~~




Apr 2, 2011

:: tautan hati ::

salam 'alaik..

entry ni khas buat rakan2 slissian ku...
tetiba aku rindu zaman sekolah..ni semua gara2 terusha pic mmbe ak..
bersama anda semua, aku mengenal erti persahabatan... tiada yang mampu mengganti ukhuwah kita semua...ukhuwah fillah..

korang ingat x ayat2 kalam suci ni..??
selalu kita baca lepas asar sebelum masuknya waktu maghrib...(zaman form 1 je kot)..he3
dan..
lagu di bawah ni....
aku pasti lagu ni, masih bermain2 di kepala korang...he3

maaf, aku tak jumpa mana2 link boleh download lagu ni...korg nyanyi sendiri lah ye..he3
boleh wat record ni..gather kn semua kawan2, pastu masuk recording studio..then, release album
girls sliss batch 15th ... he3...ada sape2 nk jd vokalis..???

untuk pengetahuan kawan2 lain yang membaca entry ni, doa Rabitah hati ni telah diadaptasi menjadi lagu..dan ia merupakan terjemahan bagi ayat kalam suci di atas..ada kelainan sikit pada bait2 lagu ini dan juga terjemahan sebenarnya, namun maksud nye masih sama...ayat kalam suci ini boleh dirujuk pada al-mathurat.

wallahua'alam~~

Apr 1, 2011

:: what single muslim sister say::

The amendment...
Hey, I am single
Don't wanna mingle
Unless it's legal
Or else it's evil
There's only one guy
My husband my imam...

(What Single Muslim Sister Say)

I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
I don't want a boyfriend, he's such an ail,
I would prefer to be stuck in a jail,
But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.

Wallahua'alam~~