May 30, 2011

TeRaMaTJELES

salam semua,

hampir putus fius kot ak hari ni..
ttba je nk ada perasaan cemburu yang teramat2..
hu3
ni semua angkara si dia ni..

semua nya terjadi ketika
prjalanan balik ke habitat ku petang td...
tiba2.
ada satu suaru yang aku agak tak pasti siapa
memanggil2 namaku..
kali ke-3
baru aku menyahut kot..
sian dye..(padan muka..spe suh x inform awl2 ada kt kmpus)
ye la...
aku ni bkan artis
ttba je ada yang nk panggil2 nama ku..(pasti lah aku xkn toleh ikut suka hati je..ha3)

masa yg agak singkat itu ,
kami gunakan untuk lepas rindu..(eceh..xdalah..story mory ape yg ptut la)
fuh..
lama gak xlepak ng dia ni..
ttba,
ak mngalami putus fius buat kali yg ke brapa ntah..
rindu kat tuan badan..
eh..xda la..
aku rindu zaman belajar
discussion sma2.
stdy sama2..
xpaham jerit sama2 (dia je la..aku ttup tlinga je..he3)
ha3..

dan
ketika itu lah
dye mnyampaikan berita
yg dye akan ke rumah Allah
untuk mengerjakan umrah..











agak trkejut di situ,
sbb dye nk brtolak lusa
tp masih brlegar2 kt kmpus..
ha3

dgn serius nya
aku menyatakan yg aku sangat2 jeles dgn dye
hu3
di usia muda
dye dah boleh menjejak + melawat rumah ALLAH..
jeles tersangat sangat jeles ok..

sbg seorang kawan,
aku doakan kamu & keluarga dapat mengerjakan ibadah umrah
dengan hati yang tenang & khusyu' ya..
tingkatkan ibadah lupakan duniawi selama 2 minggu kamu di sana..
semoga perjalanan kalian ketika pergi dan pulang ke tanah air sentiasa di bawah rahmat-NYA
inshaALLAH..

p/s: si dye, doakan aku boleh jawab exam & lulus dgn jaya nya ye khamis ni...hu3..
sedey + jeles..~~inshaALLAH 3 tahun lg, dgn izinNYA aku pn nk melawat ke sana..

May 25, 2011

R.e.a.l.i.T.i

tetiba aku terasa nak menulis plak..
hari demi hari..ku masih menghitung hari untuk pulang..
*sabar*

CINTA..
hebat sangatkah perasaan itu..??
what is LOVE..??

nak mula kan kisah..
ada lah seorang teman ni..
sayang benor ng "buayafriend" dye..
sanggup tolak tepi ,kanan, kiri kata org tua nya..
sedey..~~

sbg kawan,
apa kata2 yg dapat menjadi nasihat nya..??
emmm..
pkir lah ye..
*panjang sgt aku bebel kt mmbe ni, x larat nak tulis la*


satu kisah lagi,
aku berkenalan dengan seseorang ni yang agak lanjut usia belianya..
namun masih bujang..
bila bertanya kan mengenai jodoh..
macam2 story dye..
snggup brcinta dgn warga sumatera...
( if me, i reject dah..xnak try pun)
bila tanya knapa nak teruskan cinta tu..??
di jawabnya, jodoh.. kita xtau...
mana tau itu jodoh kita..

emmm
kata nya lagi,
nisah muda lagi memang lah boleh kata tak pikir lagi..
abang dah tua bangka kot...
(hatiku berbisik: kalau dah sampai seru, abg kawen gak nanti)..
huhuhuhu..
brkenalan lah dengan cara yang dibenarkan islam..

Wallahu'alam..~~


tp bila di persoalkan tentang solat jumaat..
jawapan dye sangat2 tidak memuaskan hatiku..
sedey aku dengar...
ku cuba betulkan fahaman dye yg salah selama ini..
namun...
jawapannya..
xtau2..xnak dengar...
nak guna pakai gak yg ustzh dye ajar masa zaman skolah dulu..
sentap seketika...
apa yang perlu aku lakukan...??

dalam kesibukkan dunia & ledakan perkembangan teknologi..
masih ramai sahabat2 kita yang "jahil"...
tahniah dunia...
konsep sekularisme hampir mencapai misi nya..~

berapa ramai yang masih sempurna solat 5 waktu nya..??
berapa ramai yang laksanakan solat di awal waktu..??
berapa ramai yang masih nak 'skip' solat jumaat..??

ingatlah..!!
SOLAT TIANG AGAMA..~~

kalau yg 5 pn masih gagap2 lagi..
jgn berangan la nk bercinta..
salurkan CINTA pada YANG MAHA AGUNG..
itu yang terbaik..!!

buat rakan2 gurl2 ku,
sebelum proses mencari, marilah kita sama2 menjadi..
INSHAALLAH semua urusan jodoh tu akan dipermudahkan
jika kita menjaga hubungan cinta pada sang PENCIPTA..

p/s: entry ditulis dalam mood sedey melihat realiti kawan2..
saya juga tidak sesempurna tuk menjadi muslimah terbaik..
marilah sama2 kita istiqamah dalam mencari keredhaan-NYA..
inshaAllah..


Wallahua'lam

May 20, 2011

cukuplah wahai sang nafsu

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah
berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu?
yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..




Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya,
andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu..
dah banyak!
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya..

Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan
cinta dunia..bukan?
ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta
Tuhan..
hentikan bicaramu wahai nafsu..


Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar
seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~
jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama.
Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila,
wahai nafsu… Tak rasa
bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu?
Yang tak putus-putus menyintaimu?
Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya..
Dia pasti rindu dan cemburu
, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya..
Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu..
aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..


Neraca nafsu: em
mm……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku,
nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.
Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah
tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)


Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasu
lullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan..
jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..
Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu..
Moga cintamu pada Tu
han kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan…
Wahai Allah..hambamu masih
tercari-cari manisnya bercinta denganMu,
jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu..
Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin..






Wallahu'alam~~

May 18, 2011

M.e.r.e.k.A

assalammualaikum pembuka kata...(jawab jgn x jawab)

di malam hari, di ketika ini..
kebiasaannya aku dah selamat berlayar bersama mimpi2 indah...

tetapi tidak pada hari ini...

ini semua gara2 insan ni mention nama aku kt status fb dye..

zira yg kejam...hahahaha
damn..

im gonna miss you alls...


berani kamu kembali kan memori2 ni di saat aku masih di USM..
agak kejam di situ..
dah la tak da sape kt sini...
kalo bosan kepala memutar2 kenangan2 pahit, manis, tawar, masin selama 3 tahun..
korang bosan2, dah ada kat umah..
korang rindu2 boleh ubat dgn main kucing, jaga anak buah, masak2...
aku....??? emmm

memang ak sengaja tak nak tag korang...
reason..
bila tag + reply2 comment...
hati mula la ditumbuhi bunga2 kat taman..
hahahaha... jujur nya pengakuan itu..

di kala aku teringat korang,
hanya doa yg mmpu aku kirimkan buat semua rakan2..
moga Allah sentiasa lindungi korang dari segala macam bahaya dunia..
hanya Dia yang berkuasa melindungi semua makhluk2 Nya di dunia ini...

sape ntah bg kat aku idea suh call korang..
bg aku, gila ape ke..
jap lg bukan sembang2..
aku senyap seribu kata, hanya biarkan hati melayan perasaan nya..
huhuhuhu..

final word,
FORGIVE & FORGET
ANYTHING I HAVE DONE WRONG.. [^_^]"

May 17, 2011

BiLa DaHi Tak MeNCeCah SeJaDah Di DuNiA

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,

Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,

Dan Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,

Tutuplah Auratmu sebelum Auratmu ditutupkan,

Dengan kain KAFAN yg serba putih..

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,

Walaupun org yg hadir itu merintih,

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,

Lalu dilaksanakan solat jenazah,

Dengan 4 kali takbir dan 1 salam,

Berserta Fatihah, Selawat dan doa,

Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah..

Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian,

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat,

Usunglah dirimu ke tikar solat,

Sebelum dirimu diusung ke liang lahad,

Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat..

Iringilah dirimu ke masjid,

Sebelum kamu diiringi ke pusara,

Tangisilah dosa-dosamu di dunia,

Kerana tangisan tidak berguna di Alam Baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,

Dengan panggilan ‘Izrail yg menakutkan,

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan,

Kerana ianya berguna untuk yg tinggal,

Bukan yang pergi..

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan,

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan..

Ingatlah di mana saja kamu berada,

Kamu tetap memijak bumi Tuhan,

Dan dibumbungi dgn langit Tuhan,

Serta menikmati rezeki Tuhan,

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya,

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya..

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tdk bererti,

Lalu menjadi segumpal darah,

Lalu menjadi seketul daging,

Lalu daging itu membaluti tulang,

Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti..

Ingatlah asal usulmu yg tdk bernilai itu,

Yang kalau jatuh ke tanah,

Ayam tak patuk itik tak sudu,

Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu,

Yang lebih agung dari Malaikat…

Lahirmu bukan utk dunia,

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat..

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solah’,

Dgn penuh rela dan bersedia,

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’,

Jln kemenangan akhirat dan dunia..

Ingatlah yg kekal ialah amal,

Menjadi bekal sepanjang jalan,

Menjadi teman di perjalanan,

Guna kembali ke pangkuan Tuhan..

Pada hari itu tiada berguna,

Harta, takhta dan putera,

Isteri,kad kredit dan kereta,

Kondominium, saham dan niaga,

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA...

wallahua'alam..~~