Mar 20, 2011

:: Madah hari ini ::



kita mohon kekuatan & ALLAH mmberikan kita kesulitan utk mmbuatkn kita kuat,
kita mohon kebijakan & ALLAH bagi kita persoalan untuk diselesaikan,
kita mohon kemakmuran & ALLAH beri kita otak & tnaga utk bekerja,
kita minta keteguhan hati & ALLAH beri kita bahaya utk diatasi,
kita mohon cinta/ksih syg & ALLAH memberi kita orang2 bermasalah utk kita tolong,
kita minta kemurahan/kebaikan hati & ALLAH beri kita ksempatan2,
kita x dapat apa yg kita nk tp kita dpt segala yg kita perlukan...
kasih sayang ALLAH mlebihi segala2nya..


Mar 18, 2011

..:: Bangun Subuh ::..

Permulaan hari yang menyakitkan...

ya memang sakit kalau orang disekitar kita tiada usaha menjalankan dakwah di pagi hari.

Subuh .. ada hadis memberitahu kekuatan umat islam boleh diukur pada solat subuh dan isya'..( kalau tidak silap).

"Kejut subuh..." itulah tajuk yang hampir sinonim dengan tajuk entri saya pada hari ini.

Kenapa kita sesama muslimah tak nak lakukan perkara yang semudah itu.?

Perlukah kita berpesan selalu untuk digerakkan bangun subuh..?

No need.. sebab semua muslim muslimah perlu ambil tugas ini sebagai satu dakwah tuk menambah saham ke syurga.

Bukan susah pun nak kumpul saham syurga. Tidak perlu sehingga bertarung darah dan nyawa demi agama. Banyak alternatif yang Allah akan nilai kita. Semua perkara baik yang kita lakukan adalah ibadah Cuma niat sahaja yang membezakan sama ada semua itu layak dinilai di sisi Allah atau tidak.

Pahala dan Dosa.. itu kerja Yang Maha Kuasa.. kita tiada layak untuk membidas, orang itu banyak pahala atau tidak. Ia termasuk dalam perkara ghaib yang mesti kita percaya bagi mengukuhkan iman seseorang muslim.

YA ALLAH, KAU LEMBUTKAN LAH HATI KAMI DALAM MENCARI KEREDHAAN MU. KAU BERILAH PETUNJUK DAN PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN DUNIA KAMI. AGAR KAMI SENTIASA THABAT DALAM MENCARI RAHMAT MU YA TUHAN KAMI. AMIN.


Wallahua'alam...~~

Mar 14, 2011

:: IT’s Hurt ::

It hurts to see,

A man and a woman holding hands,

With no relation except friends.

It hurts to see,

A man and a woman keeping hands,

When they vow to love till the end.

It hurts to hear,

People say they want a good job,

Before buying baby clothes at the shop.

It hurts to hear,

People say, "I don't have the money",

When they have lots to feed their "honey".

It hurts to think,

Parents would leave their children like that,

Without saying, "Hey, that's very bad!"

It hurts to think,

Children would say to other children,

"My parents did it too, how's that different?"

It hurts to realize,

A man's poison becomes a man's meat,

They know that but still, they eat.


 

Copyrighted http://ibnuazlan.blogspot.com/

ERTI PERSAHABATAN


Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..

Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Nov 14, 2010

:::: MuTiArA KaTa ::::

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
www.familiazam.com
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
www.familiazam.com
"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"
www.familiazam.com
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
www.familiazam.com
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"
www.familiazam.com
"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"
www.familiazam.com
"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"

"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"
www.familiazam.com
"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
www.familiazam.com
"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"
www.familiazam.com
"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"

"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"
www.familiazam.com
"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"
www.familiazam.com
"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"
www.familiazam.com
"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"
www.familiazam.com
"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"
www.familiazam.com
"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"
www.familiazam.com
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
www.familiazam.com
"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"
www.familiazam.com
"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"