Salam 'alaik..
Derived from quotation of Rene Descartes - "Cogito Ergo Sum" merupakan frasa filosofi latin terkenal yang bermaksud "I think, therefore I am" ataupun dalam olahan lainnya "I think, therefore I exist".
"Cogito, Allah Sum" - latin
''I think, therefore Allah exists" - english
"Semakin aku berfikir, maka dengan itu aku tahu bahawa Allah itu wujud". - melayu
novel yang penuh mesej keimanan bagi sebuah kehidupan bertuhan kepada kehidupan tanpa tuhan dan akhirnya kembali menerima hakikat bahawa kehidupan bertuhan adalah suatu kehidupan yang paling manis..
dicoretkan sinopsis novel 'cogito Allah sum' di sini:
Semakin aku cuba mendalami wacana2 falsafah, semakin aku meragukan hakikat keberadaan Allah. Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin beribadah, kini enggan solat, puasa ataupun mengaji. Malah aku lebih suka melakukan maksiat.
"Gott ist tot..." ala Nietzsche yang menfatwakan bahawa tuhan telah mati sebagai jalan terakhir menuju kedudukan "Manusia Super" hingga "Cogito ergo sum" ala Rene Descartes yang menegaskan bahawa tuhan di bawah kuasa logika manusia merupakan wacana2 ilmiah dan falsafah yang sentiasa ku puja. ke mana2 pun aku berkata bahawa Allah sama sekali tiada..
Tetapi, apa sebenarnya yang sedang melanda hatiku ini. Mengapa dalam masa yang sama, jauh dilubuk hatiku ini selalu sahaja menjerit kegelisahan dan ragu atas jati diriku sendiri ?
Pada hakikatnya, semakin aku memikirkan hakikat Allah, Allah semakin dekat dalam hatiku. Allah tak akan dapat dinafikan oleh falsafah dan logik apa pun yang selama ini aku agungkan. Sesungguhnya Allah telah sematkan dalam hati setiap manusia dan menghadirkan ketenteraman jiwa yang sangat bening.
"Ya Allah,sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup & matiku hanya untuk mu"
ulasan saya, novel ini menyampaikan bahawa kita mesti yakin akan kewujudan Allah tuhan semesta alam yang tidak terhingga @ infiniti.. jika kita paksa diri untuk mengganggap akan kewujudan tuhan, ini bermakna kita tidak yakin dengan iman.. kita mesti yakin bukan anggap bahawa Allah itu wujud dan tidak terhingga..
Yakinlah akan kewujudanNYA dengan melihat alam semesta yang di kurniakan pada kita..
Wallahua'alam~~

No comments:
Post a Comment