Mar 30, 2011

:: akhirnya jatuh ke tanah jua ::

assalammualaikum semua...

tajuk entri yang sebenar-benarnya.
" sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"

ini lah akibatnya jika tidak tahu cara terbaik untuk lakukannya..

rasa nak tergelak pun ada, nak nangis tu mgkin jauh sekali la..hehehe
sepanjang tempoh aku menuntut ilmu dan menduduki peperiksaan..situasi mcm ni tak pernah terjadi..
Q: mcm ne la lec ni boleh prasan kami copy 'mengopy' ni..??

16 jam sebelum aku terima kertas jawapan test ni, aku menghadiri satu majlis ilmu yang bertajuk "dari buaian ke kubur, Rasulullah mendidik dari rumah" ...


tajuk yang sangat menarik, dan input yang sangat memberi manfaat buat semua para hadirin yang hadir..
salah seorang rakan sekuliah saya, memberi pendapat adik2 zaman ni pun dah teruk, mcm ne lah zaman2 anak2 kita nanti...hahaha..
sebab tu lah forum ini diberi tajuk seperti itu..

sedikit ulasan saya mengenai majlis ilmu ini..
Rasulullah mendidik anak2nya dari rumah..didikan dari rumah seperti solat, mengaji Alquran, berahklak mulia dan sebagainya..didikan yang sebaik-baiknya adalah bermula dari rumah..kerana setiap anak yang lahir itu adalah bersifat fitrah..ibubapa yang bertanggungjawab mencorakkan mereka..
namun apa yang kita dapat lihat dengan keadaan umat islam kini..didikan anak2 terabai, ibubapa menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik pada bahu guru2 di sekolah..

sejak saya kecil lagi, ayah selalu berpesan bukan semua benda cikgu boleh ajar kat sekolah..dan kerana itu lah, dia tak pernah marah jika saya tak lulus peperiksaan..setiap kali dapat keputusan, ayah hanya berkata "alhamdulillah ada gak A , xpun ada juga kedudukan dalam kelas"

pesanan saya buat rakan2 semua, betulkan niat anda untuk menuntut ilmu..menuntut ilmu adalah fardhu bagi semua umat islam..bila niat anda semua menuntut adalah untuk dpt pointer terbaik, itu yang jadinya meraung bila dapat result...tak salah letak target dan azam untuk belajar, tapi niat tu biar la lillahita'ala..redha & pasrah dengan semua ketentuannya..

berbalik pada tajuk asal entri ni...
meniru di dalam peperiksaan bukan lah perkara asing bagi aku...dari bangku sekolah lagi aku dh buat stail exam macam ni..hehehe..*maafkan saya cikgu2*

tetiba teringat kata2 seorang ustazahku masa form 3 dulu.. kita dikira berdosa apabila kita mengizinkan @ memberi @ membuat percubaan meniru..itu dikira sesuatu yang dilarang..memang la pengawas peperiksaan tak nampak perbuatan tu tapi ada yang lebih berkuasa di arasy sana yang sentiasa melihat apa sahaja yang kita lakukan..fuh....sentap..!!
masa aku dileter tu je la aku taubat & sentap..sok lusa exam, aku buat gak lagi...*teruknya lah manusia ni kan, dah tau salah tapi buat juga. xtakut dosa ke.??.*
Ya Allah ampunilah segala dosa2ku dan terimalah amalan-amalan ku selama ini...amin..~~

p/s: buat yang terlibat, aku tak kesah pun akan situasi ini.. hanya peringatan untuk semua.... aku tetap pegang dgn kata2 ni " dkt akhirat nanti, Allah x tanya pun brapa markah dapat dlam test...tapi situasi ini akan ditimbulkan apabila cubaan meniru dan tidak amanah cuba dilakukan.."
sama2 lah kita mohon ampun padaNya..dgn lec ni xyah mntak maaf kot, sebab dye dah dapat menjejaki stail exam aku..hehehe..terbaik la..!! kalau ayah aku tau ni, cnfrm dye geleng kepala sambil mulut nya berbicara "bila nak berubah ni, asyik buat masalah je.." he3...maafkan anakmu ini wahai ayah ibu kerana tidak dapat menjalankan amanatmu sepenuhnya..~~

wallahua'alam~~


No comments:

Post a Comment