Mar 29, 2011

:: bila semuanya alpa & leka ::

setelah 2 bulan aku menjauhkan diri dari mu,
tanpa sepatah kata aku meninggalkamu dahulu,
tiada salam perpisahan yang sempat ku ucap padamu ketika itu,
lantas itu ku tekad tidak mahu menghampiri diri mu sehingga tiba masanya,
namun aku gagal ..
ku jejak kn jua kaki dan mata memandangmu,
tanpa sepatah kata jua suara,
ku melihatmu, memandangmu, mendengar setiap bicaramu,
sesal timbul dihati,
sungguh....
aku menyesal menjejakimu di saat masa dan waktu tidak mengizinkan aku melakukannya.


kamu rasa apakah @ siapakah yang cuba saya bicarakan di atas ini...??

jeng..jeng..jeng...



mu = tv...
memang saya tinggalkanya dahulu tanpa sepatah kata..semakin lama dibelai, semakin mengada-ada si tv ni ya..
penuh dengan hiburan yang melalaikan..
memang
tidak boleh dinafikan lagi, kadang-kadang insan yang menulis ini juga lalai dalam urusan akhirat nya demi melunaskan urusan dunia yang tidak bermanfaat malah tiada faedah pun..

teringat kata-kata bapa saudara ku ketika kami semua sedang seronok bergelak menonton spontan.. " apa faedah yang korg dpt dengan menonton show mcm ni.?"
ketika itu jwpan kami semua, release tension..
tapi..bila dipikirkan semula..release ke..??
tepuk dada tnya diri sendiri...
wallahua'alam..~~

No comments:

Post a Comment