Permulaan hari yang menyakitkan...
ya memang sakit kalau orang disekitar kita tiada usaha menjalankan dakwah di pagi hari.
Subuh .. ada hadis memberitahu kekuatan umat islam boleh diukur pada solat subuh dan isya'..( kalau tidak silap).
"Kejut subuh..." itulah tajuk yang hampir sinonim dengan tajuk entri saya pada hari ini.
Kenapa kita sesama muslimah tak nak lakukan perkara yang semudah itu.?
Perlukah kita berpesan selalu untuk digerakkan bangun subuh..?
No need.. sebab semua muslim muslimah perlu ambil tugas ini sebagai satu dakwah tuk menambah saham ke syurga.
Bukan susah pun nak kumpul saham syurga. Tidak perlu sehingga bertarung darah dan nyawa demi agama. Banyak alternatif yang Allah akan nilai kita. Semua perkara baik yang kita lakukan adalah ibadah Cuma niat sahaja yang membezakan sama ada semua itu layak dinilai di sisi Allah atau tidak.
Pahala dan Dosa.. itu kerja Yang Maha Kuasa.. kita tiada layak untuk membidas, orang itu banyak pahala atau tidak. Ia termasuk dalam perkara ghaib yang mesti kita percaya bagi mengukuhkan iman seseorang muslim.
YA ALLAH, KAU LEMBUTKAN LAH HATI KAMI DALAM MENCARI KEREDHAAN MU. KAU BERILAH PETUNJUK DAN PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN DUNIA KAMI. AGAR KAMI SENTIASA THABAT DALAM MENCARI RAHMAT MU YA TUHAN KAMI. AMIN.
Wallahua'alam...~~
No comments:
Post a Comment